Syarikat

Aqiqah Nasional diuruskan oleh :
Kijang Kota Trading

Alamat :
No. 147, Jalan 2, Desa Mahkota,
43500 Bangi, Selangor
No. Tel : 603 - 8926 5171 / 8926 5175
No. Fax : 603 - 8926 4757
Telefon Bimbit : 6019 - 371 4434

 

 

Aktiviti Baru

Satu AGAMA satu DUNIA...SATU KALIMAH
Kemaskini : 17/11/2016
 

Berita Terkini

 

Admin Login

Username:
Password:
 
Dalil Aqiqah
Dalil sunatnya ialah perbuatan Rasullah s.a.w melakukan aqiqah, begitu juga para sahabat r.a. Dari Salman bin Amir Ad-Dhobbi r.a katanya, aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda, "Bersama bayi itu ialah aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan iaitu kekotoran dan najis". (5154).

Waktu Aqiqah
Bermula waktu diharuskan menyembelih aqiqah dengan keluarnya semua tubuh bayi dari dalam rahim ibunya. Kalau ia disembelih sebelum sempurna keluarnya bayi maka ia tidak dapat dianggap aqiqah, ia dianggap daging biasa dan tidak mendapat sunat aqiqah.

Waktu sunatnya berterusan sehingga balighnya bayi itu. Setelah baligh, bapanya tidak lagi dituntut untuk melakukannya dan lebih baik dia melakukan untuk dirinya sendiri sebagai memenuhi perkara yang telah tertinggal.

Namun sunat yang dituntut ialah melakukan aqiqah pada hari ketujuh daripada kelahiran bayi. Dalilnya hadis riwayat Abu Daud dan selainya daripada Samrah r.a katanya, Rasullah s.a.w bersabda, "Bayi itu di tebus (tergantung) oleh aqiqahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, dan pada hari itu diberikan nama serta dicukur rambutnya".

Maksud ditebus oleh aqiqahnya ialah pembesarannya dalam keadaan baik dan penjagaannya akan sempurna bergantung pada sembelihan untuknya. Dinyatakan juga ia bermakna dia tidak boleh memberi syafa'at kepada kedua ibubapanya jika tidak disembelihkan aqiqah untuknya.

Hikmah Aqiqah
Melambangkan kegembiraan dengan nikmat Alah s.w.t yang menyenangkan kelahiran dan mengurniakan anak kepada kedua ibubapa. Anak itu amat disukai oleh pasangan ibubapa, maka sepatutnya dibuktikan kesyukuran kepada pengurniaan dan pemberian nikmat.

Firman Allah,
"Dan jika kamu bersyukur, nescaya ia meredhai bagimu kesyukuran itu."
(As-Zumar: 7)

"Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nascaya Aku akan tambah untuk kamu." (Ibrahim: 7)

"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia."
(Al-Kahfi: 46)

Memudahkan pengisytiharan berita melahirkan anak dan menyebarkannya kerana berita ini perlu diistihar dan disebarkan agar jangan lahir cerita yang tidak diingini, aqiqah adalah jalan terbaik untuk itu.

Menyuburkan sifat pemurah dan baik hati dikalangan manusia dan melanggar hasutan nafsu yang mengajak kepada sifat bakhil.

Firman Allah,
"Sedang sifat bakhil itu memang tabiat semulajadi yang ada pada manusia." (An-Nisa: 128)

"Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya."
(Al-Hasyr: 9)

Merapatkan hati keluarga, kerabat, kawan dan orang miskin dengan menghimpunkan mereka untuk makan. Dengan berhimpunnya mereka di atas satu hidangan wujudlah kemesraan, kasih sayang dan persaudaraan. Islam adalah agama mesra, kasih sayang dan persaudaran.

 

 
Copyright AqiqahNasional Powered by EasyDownline.net | JaguhInternet.com